Isnin, 28 September 2009

Kristal Malaysia















Ada ke kat Malaysia ni Kristal?
Jawapannya ada di Gunung Keriang Alor Setar!
ada yang murah dan ada yang mahal,untuk memuaskan hati ,aku pun pergi ke gunung keriang ni berpandukan GPS aku,dan selamat sampai,apa yg menariknya GUNUNG KERIANG ni?jawapannya sungguh tak menarik,kerana taman2 nya tidak terjaga dan indah kabar dari rupa!tempat muda mudi buat maksiat.Pihak majlis Perbandaran di harap dapat melakukan sesuatu kerana tempat ini amat bagus untuk menjana aktiviti pelancongan domestik dan luar negara.

OPS LUPA PULAK! Tercerita pasal taman2 di Gunung Keriang,kita nak cerita pasal KRISTAL dari Gunung Keriang kan,ok,aku pun terjebak habis duit dalam rm500 beli batu kristal ni,pada mulanya just nak survey,TAPI ingat,,bukan kristal size ciput2 tapi aku beli size yg Agak Besar sebab tu mahal,kecik2 dan tiada keunikan langsung2 dan tak padan dengan size aku yg GRAND ni he he he.

TApi buat pengetahuan semua,Di Malaysia,TIADA kristal bewarna Hijau,Unggu,sebab perbezaan geografi ,kalau korang DEGIL beli juga maka korang telah di tipu!Hurm sedikit tips dari aku,jangan rambang mata terus nak beli,korang survey2 lah dulu baru beli,INGAT harga WARUNG di luar lebih mahal dari dari Harga KEDAI,SERUAN aku! Kita Kawin pun dengan org Malaysia, Belilah Barang Buatan malaysia@yg kualiti Ok la!

Pic yg aku amik ni adalah kristal dari Gunung Keriang,Alor Setar,Aku beli Size yg besar,bukan camera trick bagi batu ni nampak besar yr,muahehhehe!lawa ke tak lawa,sendiri Judge Kristal Malaysia,wasalam

aku shoot kristal2 yg besar2 je yg kecil2 aku buat survenir! dan kalau aku tamah aku longgok je kat rumah .

p/s:ada yg kata Kristal ni ada aura itu dan ini,Ingat! Kita ni org Islam,Baik Dan Buruk Semua Ketentuan dari Allah,batu hanya sekadar batu,anggap lah sekadar hiasan saje,jika ada ada perubahan lepas bela kristal ni hanyalah kebetulan dan yg berkuasa hanya Allah.Jangan Menyekutukan Allah.

PERINGATAN
!Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).


1 ulasan:

  1. saya selalu cari batu cristal.btu cristal malaysia yang cantik adelah batu kecubung mempunyai warna jernih unggu hitam dan perang.klu nk beli btu cristal kene kenal batu supaye tidak ditipu.

    BalasPadam