Isnin, 28 September 2009

Perjumpaan Hari Keluarga di Sayong







Pada hari raya ke 2,kami telah bertolak dari selayang ke sayong untuk menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat di rumah mak sedara aku@mak yang(Kakak mak AKU).Di sana kami telah berhimpun untuk sesi ambil gambar dari anak2 opah aku yang berasal dari Sayong,K,Kangsar.Yang Tiada dalam gambar adalah pak man,pak din dan pak dan serta keluarga mereka lah.Alhamdulillah walaupun hujan dan cuaca suram,kami masih berkesempatan untuk membuat sesi fotografi untuk kenang-kenangan kami.Buat Pengetahuan mak yang telah pun menyambut CICITnya yang terbaru,bermakna Aku menjadi ATUK saudara dan Bini aku menjadi OPAH,he he he,rezki2,Mak aku dah ada cicit sedara rupanya,cicit kepada kakak dia.

semoga semua enjoy,kepada penganjur,saya ucapkan ribuan terima kasih terhadap makanan dan layanan kalian semua,Hanya Allah yang dapat membalasnya di Akhirat kelak dan berbesarlah kiranya dapat kita berkumpul lagi dengan kehadiran PENUH adik beradik ibu saya,wasalam

Hari Raya Dah Tiba!!!









Salam Aidilfitri Semua! Sudah seminggu kita kita meninggalkan ramadhan yang penuh keberkatan, dan menyambut bulan kemenangan! Di sini saya uploadkan pic yg di ambil pada hari raya 1 di rumah selayang! Almaklum lah,aku la lighting man,aku la fotographer,aku ler model,berpoloh den dibueknye!Hantam sajalah labu,inilah pic yang terhasil dalam serba kekurangan peralatan. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri
dan maaf zahir dan batin, Jika ada terkasar bahasa. Jemputlah datang kerumah, boleh teman saya makan kat kedai mamak mauheheheh :p

Alfatihah kepada Allahyarham Anuar bin Jaafar@bapaku dan saudara2ku yang telah meninggal dunia,semoga berada dalam golongan yang beriman dan beramal soleh,amin!

Kristal Malaysia















Ada ke kat Malaysia ni Kristal?
Jawapannya ada di Gunung Keriang Alor Setar!
ada yang murah dan ada yang mahal,untuk memuaskan hati ,aku pun pergi ke gunung keriang ni berpandukan GPS aku,dan selamat sampai,apa yg menariknya GUNUNG KERIANG ni?jawapannya sungguh tak menarik,kerana taman2 nya tidak terjaga dan indah kabar dari rupa!tempat muda mudi buat maksiat.Pihak majlis Perbandaran di harap dapat melakukan sesuatu kerana tempat ini amat bagus untuk menjana aktiviti pelancongan domestik dan luar negara.

OPS LUPA PULAK! Tercerita pasal taman2 di Gunung Keriang,kita nak cerita pasal KRISTAL dari Gunung Keriang kan,ok,aku pun terjebak habis duit dalam rm500 beli batu kristal ni,pada mulanya just nak survey,TAPI ingat,,bukan kristal size ciput2 tapi aku beli size yg Agak Besar sebab tu mahal,kecik2 dan tiada keunikan langsung2 dan tak padan dengan size aku yg GRAND ni he he he.

TApi buat pengetahuan semua,Di Malaysia,TIADA kristal bewarna Hijau,Unggu,sebab perbezaan geografi ,kalau korang DEGIL beli juga maka korang telah di tipu!Hurm sedikit tips dari aku,jangan rambang mata terus nak beli,korang survey2 lah dulu baru beli,INGAT harga WARUNG di luar lebih mahal dari dari Harga KEDAI,SERUAN aku! Kita Kawin pun dengan org Malaysia, Belilah Barang Buatan malaysia@yg kualiti Ok la!

Pic yg aku amik ni adalah kristal dari Gunung Keriang,Alor Setar,Aku beli Size yg besar,bukan camera trick bagi batu ni nampak besar yr,muahehhehe!lawa ke tak lawa,sendiri Judge Kristal Malaysia,wasalam

aku shoot kristal2 yg besar2 je yg kecil2 aku buat survenir! dan kalau aku tamah aku longgok je kat rumah .

p/s:ada yg kata Kristal ni ada aura itu dan ini,Ingat! Kita ni org Islam,Baik Dan Buruk Semua Ketentuan dari Allah,batu hanya sekadar batu,anggap lah sekadar hiasan saje,jika ada ada perubahan lepas bela kristal ni hanyalah kebetulan dan yg berkuasa hanya Allah.Jangan Menyekutukan Allah.

PERINGATAN
!Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).


Oh Kodiang!





Sedikit tentang Kodiang,Mukim Kodiang ni dalam Daerah Kubang Pasu,Kedah.Dalam Bahasa Siam 'KOK DIANG'@'Kok Ding' bermaksud Bukit Merah,tapi sepanjang pengetahuan aku,aku tak nampak pun bukit merah di kodiang.

Kodiang ni tempat kelahiran mak mertua aku.so raya ni aku melalui satu gua menarik bagi aku,Gua Kerbau tapi aku tak singgah sebab tak tahu jalan nak masuk ke dalam GUA KERBAU tersebut,sebab GPS aku satelit takde line,insyallah suatu hari nanti aku akan shoot kat dlm gua pulak,kalau ada rezki.

Aku selit lah 1 pic Gua Kerbau ni dari jauh untuk tatapan bersama!mcm aku juga besarnye heheheheh