Sabtu, 30 Oktober 2010

Hana Najwa Laughing







Perkara paling Best adalah main dgn baby , hilang semua masalah dalam dunia sekejap .
Sapa yang blom kawin x tau wooo nikmat nih , Alhamdulillah next year kami ekeluarga
akan tinggal bersama di kuala Lumpur . Semoga bertambah2 rezki akan datang

(lama giler tak updated blog,sibuk dgn aktiviti)

Selasa, 26 Oktober 2010

Pengalaman Ajaib 26.10.10

Semalam saya ke tempat Perubatan Alternatif di kedah,kawan saya Dr. Fadil memperkenalkan tempat ini kerana saya ada bertanya tentang penyakit2 yg kenalan hadapi,penyakit Kategori MUSTAHIL di ubati.Kami bertolak ke Kedah menaiki Toyota Alphard 3.5 milik Dr. & bersama sahabat yg lain kerana nak cepat sampai dan selesa.
Sebenarnya sudah banyak kali Dr. Fadil mengajak saya ke sana tapi malas sebab cuti yang makin susut serta perjalanan yg jauh. Atas dasar hendak membantu kawan2 yang dalam kesusahan,(aku pun ada penyakit the he he he) Aku terpaksa rela pergi ke sana !!!
Banyak pertanyaan di kepala otak aku,mcm mana kaedah perubatannya , dalam bilik ke , apa benda yg dia boleh ubat!sakit ke , berapa banyak kali berulang , hebat sangat ke org ni?
sampai di sana 10.00pagi.Saja bawa kereta santai2,sudah ratusan orang menunggu dan bertali arus org datang dan balik.Masyallah,Subhanallah itu yang aku dapat ungkap melihat berapa ramai yang datang ,,, ada yg datang rombongan bas , yg parking di jalan luar kerana laluan sempit . Maklumlah rumah Pak Teh ni dalam kebun Pastu Atas bukit dlm 500m dr jalan(jalan tanah merah 500m kerumah pak teh) . Bas Rombongan di letak di bahu jalan.


Video Abg Rahim- Stroke-repair Kaki Dulu next Time baru tangan

Aku tak terkata ...... ini video yg aku ambil sendiri pakai nokia n79
video atas ni abg rahim,5tahun dia kena strok n lumpuh sebelah badan (kanan), aku kenal dia dah lama sbb aku8 berkawan dgn adik dia ,abg mamud.kebiasaannya abg rahim berjalan 10m = 10minit , Alhamdulillah... dah boleh jalan laju pulak tu, Tanpa tongkat ....


Dr Fadil & Abg Rosmin - Perubatan Tukar Darah-Drh Tinggi,Ghout,Luekimia Dll

Video di atas ni aku rakam: dr. fadil & abg rosmin , Turn Aku sebelum diorg. Buat pengetahuan semua , Aku hanya ambil video kawan2 aku je. Pesakit lain yang datang
aku tak ambil sebab bagi aku privacy & Pada mulanya aku takut pesakit2 ni di upah untuk berlakon , Tapi selepas pengalaman yang aku lalui , Aku percaya la ada juga mistik2 zaman sekarang ni . Aku sekadar berkongsi pengalaman yang aku dapat . Apa yang aku saksikn sendiri ada pesakit yang sudah 8 tahun lumpuh seluruh badan dan boleh balik berjalan tanpa bantuan , walaupun ahli keluarga mereka yg hadir. Dan selain dari itu ada yang pekak baliknya dah boleh dengar , selain dari apa yang aku cakap tadi,, sakit2 bermacam barah ... aku x dapat yakin kan korang sebab perubatannya terlampau mudah bila di lihat TAPI kecil jangan Di Sangka Bapak Besar jangan Di Sangka Anak, lagipun itu korang punya pasal la kan , apa kata korang pergi dan rasa sendiri , buat apa judge Pak Teh hanya dalam video kan

Bertolak dalam 2ptg sebab nak tgk keadaan pesakit lain. Biasanya dr pemerhatian aku tempoh berubat dalam 2-3min. Sampai Kl dalam 5.00 petang , masyallah dr. bawak alpahard dia dr jeniang 3jam jerk ,tau le keta powerrrrrr :p , ada juga orang cakap Perubatan ni Sihir ke ? Entah , Korang Tau ke Yg Mana Khoramah ke sihir ke ,,, Pergi jer dulu k,,,wasalam

(This story is true, is not a scam. Pak Teh healers from Malaysia. Anyone have cancer, difficult pregnancy, heart disease, paralysis or any kind of problem. I can take you to meet him. The above picture is the patient named Rahim 5 years paralysis in the feet after a long illness. 26.10.10 3pm recording time. Please contact me if you want to meet Pak Teh, *for all race all religion are welcome, thank God Willing. I just want to help for those who need . My contact +60196699360 helmyanuar@gmail.com or sejam_dua@yahoo.com)

Isnin, 28 September 2009

Perjumpaan Hari Keluarga di Sayong







Pada hari raya ke 2,kami telah bertolak dari selayang ke sayong untuk menghadiri kenduri tahlil dan doa selamat di rumah mak sedara aku@mak yang(Kakak mak AKU).Di sana kami telah berhimpun untuk sesi ambil gambar dari anak2 opah aku yang berasal dari Sayong,K,Kangsar.Yang Tiada dalam gambar adalah pak man,pak din dan pak dan serta keluarga mereka lah.Alhamdulillah walaupun hujan dan cuaca suram,kami masih berkesempatan untuk membuat sesi fotografi untuk kenang-kenangan kami.Buat Pengetahuan mak yang telah pun menyambut CICITnya yang terbaru,bermakna Aku menjadi ATUK saudara dan Bini aku menjadi OPAH,he he he,rezki2,Mak aku dah ada cicit sedara rupanya,cicit kepada kakak dia.

semoga semua enjoy,kepada penganjur,saya ucapkan ribuan terima kasih terhadap makanan dan layanan kalian semua,Hanya Allah yang dapat membalasnya di Akhirat kelak dan berbesarlah kiranya dapat kita berkumpul lagi dengan kehadiran PENUH adik beradik ibu saya,wasalam

Hari Raya Dah Tiba!!!









Salam Aidilfitri Semua! Sudah seminggu kita kita meninggalkan ramadhan yang penuh keberkatan, dan menyambut bulan kemenangan! Di sini saya uploadkan pic yg di ambil pada hari raya 1 di rumah selayang! Almaklum lah,aku la lighting man,aku la fotographer,aku ler model,berpoloh den dibueknye!Hantam sajalah labu,inilah pic yang terhasil dalam serba kekurangan peralatan. Tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri
dan maaf zahir dan batin, Jika ada terkasar bahasa. Jemputlah datang kerumah, boleh teman saya makan kat kedai mamak mauheheheh :p

Alfatihah kepada Allahyarham Anuar bin Jaafar@bapaku dan saudara2ku yang telah meninggal dunia,semoga berada dalam golongan yang beriman dan beramal soleh,amin!

Kristal Malaysia















Ada ke kat Malaysia ni Kristal?
Jawapannya ada di Gunung Keriang Alor Setar!
ada yang murah dan ada yang mahal,untuk memuaskan hati ,aku pun pergi ke gunung keriang ni berpandukan GPS aku,dan selamat sampai,apa yg menariknya GUNUNG KERIANG ni?jawapannya sungguh tak menarik,kerana taman2 nya tidak terjaga dan indah kabar dari rupa!tempat muda mudi buat maksiat.Pihak majlis Perbandaran di harap dapat melakukan sesuatu kerana tempat ini amat bagus untuk menjana aktiviti pelancongan domestik dan luar negara.

OPS LUPA PULAK! Tercerita pasal taman2 di Gunung Keriang,kita nak cerita pasal KRISTAL dari Gunung Keriang kan,ok,aku pun terjebak habis duit dalam rm500 beli batu kristal ni,pada mulanya just nak survey,TAPI ingat,,bukan kristal size ciput2 tapi aku beli size yg Agak Besar sebab tu mahal,kecik2 dan tiada keunikan langsung2 dan tak padan dengan size aku yg GRAND ni he he he.

TApi buat pengetahuan semua,Di Malaysia,TIADA kristal bewarna Hijau,Unggu,sebab perbezaan geografi ,kalau korang DEGIL beli juga maka korang telah di tipu!Hurm sedikit tips dari aku,jangan rambang mata terus nak beli,korang survey2 lah dulu baru beli,INGAT harga WARUNG di luar lebih mahal dari dari Harga KEDAI,SERUAN aku! Kita Kawin pun dengan org Malaysia, Belilah Barang Buatan malaysia@yg kualiti Ok la!

Pic yg aku amik ni adalah kristal dari Gunung Keriang,Alor Setar,Aku beli Size yg besar,bukan camera trick bagi batu ni nampak besar yr,muahehhehe!lawa ke tak lawa,sendiri Judge Kristal Malaysia,wasalam

aku shoot kristal2 yg besar2 je yg kecil2 aku buat survenir! dan kalau aku tamah aku longgok je kat rumah .

p/s:ada yg kata Kristal ni ada aura itu dan ini,Ingat! Kita ni org Islam,Baik Dan Buruk Semua Ketentuan dari Allah,batu hanya sekadar batu,anggap lah sekadar hiasan saje,jika ada ada perubahan lepas bela kristal ni hanyalah kebetulan dan yg berkuasa hanya Allah.Jangan Menyekutukan Allah.

PERINGATAN
!Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).


Oh Kodiang!





Sedikit tentang Kodiang,Mukim Kodiang ni dalam Daerah Kubang Pasu,Kedah.Dalam Bahasa Siam 'KOK DIANG'@'Kok Ding' bermaksud Bukit Merah,tapi sepanjang pengetahuan aku,aku tak nampak pun bukit merah di kodiang.

Kodiang ni tempat kelahiran mak mertua aku.so raya ni aku melalui satu gua menarik bagi aku,Gua Kerbau tapi aku tak singgah sebab tak tahu jalan nak masuk ke dalam GUA KERBAU tersebut,sebab GPS aku satelit takde line,insyallah suatu hari nanti aku akan shoot kat dlm gua pulak,kalau ada rezki.

Aku selit lah 1 pic Gua Kerbau ni dari jauh untuk tatapan bersama!mcm aku juga besarnye heheheheh

Ahad, 2 Ogos 2009

bakal baby ku








Salam semua,


dah lama x posting,terbiar pulak blog ni he he hehe , busy sejak kebelakangan ni dengan projek untuk menambahkan sumber pendapatan :D, semoga anda semua di berkati Allah sentiasa, Wah posting kali ni pasal isteri ku dah 3 1/2 bulan mengandung, jumaat lepas pergi ke Klinik Dr. Nur Izzah,tmn desa bakti,punyalah seronok bila tgk baby dlm perut he he he


baru la aku paham,bagaimana seronoknya ibu bila tgk baby dalam perut,semoga isteri dan baby ku dlm perut ni sihat dan selamat,amin